Punca tekanan Tekanan pekerjaan

Tekanan kerja mempunyai sebab atau punca-punca yang menjadikan seseorang menerima atau mendapat tekanan, punca-punca tekanan boles dikelaskan kepada sembilan jenis iaitu:[perlu rujukan]

  1. Suasana tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan dan perbualan cara pengendalian kerja.
  2. Peranan dan fungsi pekerjaan.
  3. Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.
  4. Perhubungan sesama rakan dan majikan.
  5. Konflik sesama rakan dan majikan.
  6. Pengaturan kerjaya.
  7. Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan atau diturunkan pangkat, hilang pekerjaan
  8. Perubahan jawatan dalam organisasi.
  9. Perubahan dalam stuktur dan pengurusan organisasi.

Penjelasan lanjut

  • Punca tekanan yang pertama iaitu suasana tempat kerja yang tidak selesa dan tidak teratur boleh menyebabkan sesorang menerima tekanan yang boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku, selain itu juga masa kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja boleh menambahkan seseorang pekerja mendapat tekanan, di mana masa keja yang berlebihan dan seseorang tidak mendapat rehat yang secukupnya, boleh menjadi punca kemalangan semasa kerja dilakukan dan cara pengendalian kerja yang tidak tersusun dan kelam-kabut juga menyebabkan berlakunya kemalangan.
  • Punca tekanan yang kedua iaitu peranan dan fungsi pekerjaan menjadi penyebab berlakunya kemalangan di mana sesorang pekerja yang belum berkemahiran atau belum berpengalaman juga menjadi faktor berlakunya kemalangan. Sebagai contoh sesorang pekerja diarah menggunakan mesin yang belum pernah dipakainya, ini boleh menyebabkan kemalangan boleh berlaku, kerana tidak tahu kegunaan mesin dan cara pengendalianya.
  • Punca tekanan yang ketiga adalah kerja yang berubah-ubah, seperti sekejap sana dan sekejap ke sini akan menimbulkan tekanan kepada sesorang, serta kerja-kerja yang merbahaya juga menjadi punca tekanan kepada seseorang pekerja.
  • Punca yang keempat adalah perhubungan antara seseorang pekerja dengan pihak majikan ataupun antara sesama rakan sekerja menjadi penyebab sesorang mendapat tekanan.
  • Punca yang kelima pula adalah konflik sesama rakan dan majikan juga boleh menjadikan sesorang pekerja mendapat tekanan di mana ada rakan sekerja yang tidak berpuas hati dengan kerja yang diberikan dan tidak boleh dibawa berunding.
  • Punca yang keenam mengenai aturan kerjaya. Setiap sistem kerja, mesti melibatkan tiga unsur iaitu manusia, mesin dan persekitaran. Manusia merupakan unsur paling penting kerana tanpa manusia (pekerja), tugas itu tidak dapat dihasilkan. Oleh kerana kerja yang melibatkan seperti manusia dan mesin seseorang boleh mendapat tekanan untuk pengaturan kerja.
  • Punca ketujuh adalah kurang insentif dan penghargaan dari majikan serta kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan. Sesorang yang bekerja dengan cemerlang akan tetapi tidak pihak majikan atau orang atasan tidak mahu menggambil tahu akan tahap kerja seseorang yang boleh dicapai atau tidak. Selain itu juga tempat kerja yang tidak teratur ruang kerja yang tidak selesa menyebabkan seseorang mendapat tekanan.
  • Punca kelapan ialah perubahan dalam organisasi di mana pihak majikan menukar jawatan seseorang secara tiba-tiba tanpa memberitahu seseorang pekerja sama ada perubahan pihak atasan ataupun rakan sesama kerja yang tidak sesuai.
  • Punca yang terakhir pula adalah perubahan dalam stuktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeluruan dan tekanan kepada pekerja sebagai contoh seorang pekerja bawahan diarah membuat kerja pegawai atasannya mungkin disebabkan kekurangan tenaga kerja. ini menimbulkan ketidak fahaman menjalankan sesuatu tugas yang diberikan oleh pihak majikan.